Saturday, January 30, 2010

TOV EXAM 2010

TOV exam will coming soon.... So be prepared students.
Show that you are well and excellent for form 4 syllabus.
and ready to learn form 5 challenge...

here is your exam time table...

Chemistry 1 - sunday(7/2/2010) 8.20-9.35
Chemistry 2 - sunday(7/2/2010) 11.40-2.10
Chemistry 3 - wednesday(10/2/2010) 8.00-9.30

EST 1 -monday(8/2/2010) 12.45-2.00
EST 2 - thursday(11/2/2010) 1.00-2.00

Good Luck and Do The Best....

Friday, January 1, 2010

SELAMAT MENEMPUH PERSEKOLAHAN 2010


Tanggal 3/1/2010 bermulalah sesi persekolahan baru. Yang tahun lepas sudah berlalu. SPM sudah ditempuh. Berjaya atau tidak bertawakal saje lah... hanya Dia yang menentukan. Segala usaha sudah pun di curahkan.

Kini tiba lah pula angkatan seterusnya...tahun lepas tingkatan 4, mungkin masih halimun. Tahun ini tingkatan 5, giliran anda pula. Tiada lagi halimun mahupun mimpi.. SPM tetap akan tiba...harinya sudah boleh dihitung. Begitulah masa.... ia tetap bergerak walaupun kita tidur dan terus tidur.

Kepada pelajar tingkatan 5, saya ucapkan selamat naik ke tingkatan 5...maknanya anda semakin tua, semakin banyak tanggungjawab dan semakin dekat menamatkan zaman persekolahan. Namun perlu ingat SPM dulu sebagai halangan...kepada yang belum mengenali saya, selamat berkenalan. Tahun ini kita akan berjumpa dalam kelas secara langsung...insyaallah. Redha lah dengan pertemuan ini, suka ke tak suka ke inilah saya seadanya...ambillah ilmu seberapa banyak yang boleh kerana yang baik itu dari Allah..dan yang kurang itu dari diri saya sendiri...saya hanya manusia biasa....

Selamat belajar...."kimia itu mudah"

ikhlas

Cg. Zulhizad

Saturday, October 24, 2009


Jangan lupa akses pautan dimenu tepi tu. salah satunya ada soalan spot untuk SPM 2009. kalau

ada rezeki insyaallah masuk betul tahun ni.......

Tuesday, October 13, 2009



Kimia TIP TOP kini telah berwajah baru.

Misi, Visi dan Motto akan menjadi panduan untuk

semua pelajar agar terus komited dan konsisten

merealisasikan Misi dan Visi yang telah di

war-warkan. Bukan suatu yang mustahil untuk

mencapai Visi itu lebih awal sekiranya semua

pelajar dan guru sentiasa berpandukan 'Kimia Itu

Mudah'...........................cg jaq

Saturday, October 10, 2009


ASSALAMUALAIKUM
Tinggal 40 hari saja lagi SPM akan bermula. SPM adalah tiket untuk menentukan masa depan anda ke arah mana. masuk U ke? tingkatan 6 ke? ataupun terus kawin je? Kalau masuk U terus.. cepatlah dapat kerja. cepat lah dapat bantu ibu bapa...boleh la kalau nak kawin pun. Janganlah kita tercicir sedang kita melihat kejayaan sahabat-sahabat kita yang berjaya ke menara gading. Alangkah gembiranya ibu bapa kita melihat kejayaan anak - anak mereka. Tetapi bayangkan betapa hancur hati seorang ibu jika anaknya tidak berjaya sedangkan kawan-kawan yang lain membahagiakan ibu bapa mereka. Jadi ingat lah wahai anak didikku...tinggal 40 hari saje lagi untuk anda menempuh hari yang akan menentukan MASA DEPAN ANDA......TQ

BANTING / CARTA P& P BARU



Assalamualaikum...........(baca dengan nada dalam cerita Qalesya)
Sebanyak 10 carta p&p kimia yang baru telah siap dicetak dan telah dipamerkan dalam 'kim interactive lab'. Para pelajar ambillah peluang ini untuk membuat ulangkaji mudah dengan menggunakan carta tersebut. Tawaf dulu 5 minit sebelum memulakan P&P.

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MOHON MAAF SEPULUH JARI

BERGEMBIRALAH DIHARI INI

DATANGLAH RUMAH RAYA INI...