Welcome To TIP TOP Chemistry Blog
'Never Ever Give Up Until Success'
Saturday, October 24, 2009
Jangan lupa akses pautan dimenu tepi tu. salah satunya ada soalan spot untuk SPM 2009. kalau
ada rezeki insyaallah masuk betul tahun ni.......
Tuesday, October 13, 2009
Kimia TIP TOP kini telah berwajah baru.
Misi, Visi dan Motto akan menjadi panduan untuk
semua pelajar agar terus komited dan konsisten
merealisasikan Misi dan Visi yang telah di
war-warkan. Bukan suatu yang mustahil untuk
mencapai Visi itu lebih awal sekiranya semua
pelajar dan guru sentiasa berpandukan 'Kimia Itu
Mudah'...........................cg jaq
Saturday, October 10, 2009
ASSALAMUALAIKUM Tinggal 40 hari saja lagi SPM akan bermula. SPM adalah tiket untuk menentukan masa depan anda ke arah mana. masuk U ke? tingkatan 6 ke? ataupun terus kawin je? Kalau masuk U terus.. cepatlah dapat kerja. cepat lah dapat bantu ibu bapa...boleh la kalau nak kawin pun. Janganlah kita tercicir sedang kita melihat kejayaan sahabat-sahabat kita yang berjaya ke menara gading. Alangkah gembiranya ibu bapa kita melihat kejayaan anak - anak mereka. Tetapi bayangkan betapa hancur hati seorang ibu jika anaknya tidak berjaya sedangkan kawan-kawan yang lain membahagiakan ibu bapa mereka. Jadi ingat lah wahai anak didikku...tinggal 40 hari saje lagi untuk anda menempuh hari yang akan menentukan MASA DEPAN ANDA......TQ
Assalamualaikum...........(baca dengan nada dalam cerita Qalesya) Sebanyak 10 carta p&p kimia yang baru telah siap dicetak dan telah dipamerkan dalam 'kim interactive lab'. Para pelajar ambillah peluang ini untuk membuat ulangkaji mudah dengan menggunakan carta tersebut. Tawaf dulu 5 minit sebelum memulakan P&P.
satu perpustakaan mini diwujudkan didalam Kim Interactive Lab. pelbagai modul, buku kimia boleh diperolehi. pelajar boleh membuat pinjaman untuknya. tidak perlu pergi jauh untuk buat rujukan.
Makmal kimia telah dijenamakan semula sebagai 'kim interactive lab' sesuai dengan wajah baru yang telah diberikan. makmal sekarang lebih banyak ABM untuk pelajar belajar....
Pameran telah diadakan diluar Dewan SMKTI sejurus sahaja selesai perhimpunan mingguan hari Ahad 16 Ogos 2009. Dapat menarik minat para pelajar dan guru.
Satu kajian tindakan telah dijalankan oleh Mr. Zulhizad terhadap pelajar kelas 4 um & 4 ukm. tajuk kajian adalah 'cara mengingati Electrochemical Series (SEK) dengan mudah. Pelajar telah diperkenalkan dengan satu teknik mengingat yang mudah dan menarik. Diharap kajian tersebut sedikit sebanyak telah membantu pelajar mempelajari kimia dengan mudah.
Pertandingan mencipta model P&P Kimia pelajar 5UM & 5UKM SMKTI 2009. pertandingan telah diadakan pada 10 ogos 2009 di makmal kimia SMKTI. Telah menarik minat 10 kumpulan pelajar iaitu seramai 57 orang semuanya. Sebanyak 10 model yang amat menarik telah berjaya dihasilkan. Dikendalikan oleh guru subjek iaitu En.Zulhizad Yusoff. laporan penuh.